RPH



 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan Kelas:
Bahasa Malaysia  Tahun  2
Tema/Tajuk:
Sihat dan Bersih
Masa:
7.40 pagi – 8.10 pagi
Standard Pembelajaran:
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1.            memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
2.            memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks.
3.            mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran:
1.            Murid diberi penerangan tentang maksud dan penggunaan kata kerja tunggal.
2.            Guru mempamerkan seni lagu kemudian mengajar murid membaca dan menyanyi bersama-sama.
3.            Guru dan murid berbincang tentang kata kerja yang terdapat dalam seni lagu.
4.            Murid dibimbing untuk menyanyi dan menggunakan bahasa badan sambil menggunakan alat-alatan yang disediakan
5.            Murid menghuraikan kata kerja tunggal yang lain.
6.            Murid memadankan kata kerja yang betul berpandukan kad gambar.

ElemenMerentas Kurikulum (EMK):
Ilmu- Kesihatan, kebersihan
Nilai Murni – tolong-menolong,bertanggungjawab, kerajinan
KBT- kreativiti dan inovasi, menjanakan idea

Bahan Bantu Belajar:
kad gambar, lembaran kerja, seni lagu, alat-alat (mop, pencedok, berus, kain buruk, baldi)
Penilaian Pengajaran
dan Pembelajaran:
1.murid dapat memahami dan menggunakan kata kerja yang betul.
2. murid dapat mengeja dan membaca kata kerja berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Refleksi:                                                       





2 daripada 8 murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran dan akan diberi aktiviti pemulihan. Bagi yang dapat mencapai objektif pembelajaran akan diberi latihan pengukuhan.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)

Membantu amalan terpuji

1. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal dan mencungkil idea murid.
2. mencungkil idea murid tentang aktiviti yang  dilakukan oleh guru. (seperti menolak papan tulis, menulis, memadam papan tulis)
3. Untuk menghubungkan kait dengan kata kerja.

Memberi respon terhadap pertanyaan guru.

Strategi:
Konstruktivisme
Penyoalan seluruh kelas menggunakan bahasa badan.

Langkah 1
(10 minit)

Mencari frasa kerja yang terdapat dalam seni lagu (tunjuk di papan tulis)

Contoh:
- cuci lantai mop lantai, jirus lantai, tarik pam, masuk.
Masa diberikan untuk perbincangan dalam kumpulan.

1.Mengutara
kan persoalan utama:
Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar.

2. Guru mengajar murid membaca seni lagu.
3. Guru minta murid mencari kata kerja yang terdapat dalam seni lagu.

4. Guru membahagikan murid 4 orang dalam 1 kumpulan untuk berbincang tentang bagaimana mempersembahkan lagu ”ikan kekek” sambil menggunakan bahasa badan dan alatan yang disediakan.

1. Murid memberi respon dan membaca seni lagu yang ditampalkan di papan tulis.

2.Murid diminta memberi contoh kata kerja yang lain.

3.membuat hipotesis dan berbincang dalam kumpulan bagaimana membuat persembahan yang menarik.



Strategi:
Konstruktivisme
-hipotesis, memahami, menyebut kata kerja yang sedia ada dan contoh lain.
-perbincangan dalam kumpulan





















Langkah 2
(10 minit)

Membuat persembahan dengan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

1. Guru meminta murid tampil ke depan untuk menyanyi dan membuat lakonan.
2. Guru meminta murid menggunakan alatan untuk menarikkan lagi persembahan.
3. Guru memberi lembaran kerja kepada murid untuk menyiapkan dalam kelas.

1.Murid-murid tampil ke depan untuk membuat persembahan.
2. Murid lain memberi perhatian kepada kumpulan lain yang membuat persembahan.
3. Murid membuat lembaran kerja secara individu dan hantar dalam masa yang ditetapkan.

Strategi:
Persembahan kumpulan

Sumber pengajaran:
Alatan, lembaran kerja













Penutup (5minit)

Menyumbang idea.
Murid bebas memberi jawapan.


1. Penyoalan Guru mengemukakan soalan yang berkaiten dengan p & p hari ini kepada semua murid.
2. Adakah murid pelajari sesuatu yang baru hari ini? 3. Apa nilai-murni yang murid dapati hari ini?
3. Adakah murid seronok dengan pembelajaran hari ini?(murid bebas memberi jawapan)
4. Guru memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab dengan betul.


1. Pelajar menjawab soalan dengan mengangkat tangan.
2. Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
3. Murid menjawab soalan dengan betul.

Strategi:
Penyoalan keseluruhan dan penerapan nilai-nilai murni


8 评论:

  1. Contoh RPH yang bagus dan boleh dijadikan rujukan. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha anda......Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat cikgu.

    ReplyDelete
  4. Kalian, terima kasih atas sokongan dan komentar!

    ReplyDelete
  5. Jutaan Terima kasih kepada Elaine Ong!

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete